Saturday, July 31, 2010

Friday, July 30, 2010

Wajarkah guru berpolitik?

Politik bilik darjah?
Politik bilik guru?
Politik kantin?
Politik surau?
Politik guru laki-laki?
Politik guru wanita?
Politik guru baru?
Politik guru lama?
Politik guru pagi?
Politik guru petang?
Politik guru kanan?
Politik guru besar?
Politik Pengetua?
Politik ibu bapa?
Politik budak-budak sekolah?

Entah apa-apa politik lagi yang bakal wujud di sekolah......

Kutinggal dikau 5 hari

Kini aku telah kembali. Beberapa hari ke luar kota demi tugasku untuk bangsa dan negara tercinta. Pepatah lama pernah berpesan...sayangkan anak tangan - tangankan...sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..sayangkan suami buat apa ekk ??? 
semasa di sana buah-buah di kebun menambat jiwa

Sunday, July 25, 2010

Wanita Itu Istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur,nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh..penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap jelah..tik..bunyi air dah masak...isi air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak...telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, kot lupa..ok settle...Tetiba dengar suara papa.."u buat apa lagi tu. kata nak tido..yelah nak tido la ni..nak semayang jap..."masuk toilet..buatapa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang..la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..dgr suara papa lagi..."i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke  bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je pencuri masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan nisepah2...masukkan dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni.tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus...setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih...dahla...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So..?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Berkongsilah dengan WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better..foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai isteri dengan lebih baik lagi...Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri..

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari..

(untuk renungan bersama. 
cabutan terus dari emel yang kuterima
terima kasih murni)

Saturday, July 24, 2010

Istimewakah jadi wanita?

Soalan-soalan yang sering ditanyakan tiap kali berhadapan dengan remaja hari ini. Apakah lompang yang ada hingga mereka keliru dan bertanya istimewakah menjadi seorang wanita..????

Soalan anak muda

Seorang anak muda bertanya benarkah cerita Belanda dapat tanah macamni?

'mula-mula diaorang tak ada apa-apapun di sini. Hanya pedagang, sehinggalah bila orang kita dah termakan budi barulah timbul soal tanah dan maruah. Dikatakan asalnya saiz tanah yang diberi hanyalah sebesar seekor lembu....Alahai....besar mana sangatlah seekor lembu. Beri saje lah dia...lagipun tanah kita kan banyak lagi' antara kata-kata yang empunya cerita.
Sebagai tanda terima kasih maka diaorangpun menumbangkan lah seekor lembu yang besar saiznya. Katanya sebagai ucapan terima kasih kerana memberi diaorang tempat untuk menumpang. Disebutkan cerita berbondon-bondonlah orang-orang kita menjamu selera. Sedang leka makan-makan...bertanyalah si kawan kitani pada diaorang tentang luas tanah yang diberi itu. 
Ehh....besarlah juga kata diaorang sebab yang diaorang maksudkan dengan lembu itu adalah sebesar kulitnya. Kulit lembu itu pula dipotong halus dijadikan tali yang panjang-memanjang, sambung-menyambung. Bayangkanlah dari hanya seekor lembu menjadi kepada tali kulit lembu. Bila dihitung-hitung dalam ingatan wah...besar juga tanah yang 'diaorang' dapat. Bangga benar diaorang dengan kecerdikan yang diaorang ada.
Dipendekkan cerita maka berputih matalah orang-orang kita akibat kecuaiannya sendiri. Tanah milik anak bangsa terserah percuma kepada dia, orang asing. Berpunca dari sikap sambil lewa, mabuk dek puji dan mudah mengalah itulah, maka diaorang kekal mendapat tempatnya di rantau ini...benar...tidaknya wallahuallam.

Friday, July 23, 2010

Kisah Belanda Minta Tanah

Ye ke macamtu? Mudahnya bangsaku menyerah. Itulah yang dikhabarkan kepada anak-anak muda hari ini. Bagi yang minat membaca, mereka akan tahu kisah sebenarnya....tapi bagi kebanyakan kita....alamat kekal lah perkhabaran yang di bawa....

Thursday, July 22, 2010

Ada riang di wajahnya

Inilah dia warisanku. Putra putri pengikat kasih aku dan suami. Moga kekal bahagia selamanya. Pada mereka kujulangkan kata-kata 'ke manapun kita pergi, apapun urusan yang kita buat, usah lupakan ibu bapa kerana merekalah, kita menjengah dunia...

ok..ok..tinggi lagi..tinggi lagi
tenungan makrifat..siapa yang kena
ekk...ngapain disalai di situ...
berteduh dipohon tak rendang..
Kegembiraan mereka adalah kegembiraan kami. Melihat diaorang ketawa terasa diri ini menjadi juara. Hari demi hari kasih dipupuk menjadi lebih bermakna walau dalam keadaan berebut-rebut tak tentu masa. Kepadamu Tuhan, hati berdetik, jiwa berkata berkatilah hidup kami sepanjang masa....

Wednesday, July 21, 2010

Jejak ku tinggal di sini

Indah sungguh ciptaan Tuhan, bila berada di puncak ini bersama orang-orang yang kita sayang. Di sini aku lebih tabah mengalah dan berserah dengan apa sahaja keadaan yang mendatang. Dinginnya malam tidak terkata.Khabarnya hutan rimba ini sentiasa dibasahi hujan. Itulah sebab sejuknya bagai tak boleh ditahan-tahan. Sesekali aku terasa dibuai-buai oleh angin yang bertiup kencang. Rasanya bagaikan dihayun oleh tangan-tangan yang sukar untuk aku gambarkan. Semuanya itu menjadi kenangan dan kekal tersimpan dalam ingatan.


Di salah satu rumah di puncak bukit itulah...aku menghabiskan masa selama hampir 3 hari dalam misi ke mana langkahku pergi. Saat-saat menghirup angin malam sangatku nanti, kerana itulah masanya aku dapat membezakan rasa antara bernafas dalam debu, dengan bernafas dalam udara yang menyegarkan. Walaupun singkat masa yang ada....keheningan malam itu kuisi sepenuhnya. Amatlah sunyi tidak terkira apabila berada di tengah-tengah hutan rimba belantara.  Kata orang, tempat jatuh lagi dikenang...inikan pula tempat kami dan anak-anak pernah bermanja. Bila tiba masanya, kami akan datang lagi mengekori jejak-jejak kami yang telah hilang di sini.....

Monday, July 19, 2010

Menjejak rumput di kebun

Menebas lalang dan mengemas kebun adalah rutin pak ngah yang dilaksana setiap kali beliau balik ke kampung. Sebaik habis rutinnya, pak ngah turut serta dalam meeting di umah mak lang. Tampak jelas wajah kegembiraan pak ngah mengurus kebun di belakang rumah.
Ku ulang lagi pesanan kak long....'tidak rugi berbudi pada tanah....satu hari nanti kita juga yang dapat untungnya'. Hasil titik peluh mereka berdua di bandar, terbinalah sebuah mahligai bahagia yang tersergam indah di satu sudut desa berhampiran pusat pembelajaran islam yang ternama. Hati mereka riang pabila bermesra dengan pokok-pokok hiasan alam....
Kepada anak-anak, kata dipinta...bila ada masa jengok-jengoklah  mereka yang udah tua. Kata tanpa rahsia, maksud dicapai dalam nada ceria. Keprihatinan anaknya...dirasa sama oleh saudara mara yang berada nunnn jauh di desa.


Sunday, July 18, 2010

Meeting mengejut?

Huu...huu..huu...meeting mengejut? Itulah yang biasa berlaku apabila kampung kujengok tanpa kuberitahu.... Semua ahli siap sedia berkumpul. Tempat meeting diadakan di rumah mak lang di hujung kampung sebuah pekan. Dihadiri oleh pak long, mak ngah, mak lang, mak wan, pak teh, pak itam, mak uda dan busu dengan pasangan masing-masing. Meeting kami ini turut dihadiri oleh ahli seisi keluarga di bahagian hadapan rumah mak lang yang masih dalam pengubahsuaian. Tema meeting : Pe hal umah mak lang tak siap?
bahagian depan umah mak lang

Ahli tetap iaitu acik sekeluarga tak datang sebab sedang berhadapan dengan dugaan Yang Maha Esa, mertuanya sedang sakit di hospital. Sabarlah adik iparku Jefry...biarlah DIA melaksanakan aturannya...Mudah-mudahan dilapangkan dada dan hayatnya dipanjangakan. Berita diterima dari Pak long yang baru pulang dari membuat lawatan ke hospital.                                    


Agenda meeting hari ini tidak ditetapkan. Bermula jam 9.00 pagi selesai mengikut keperluan. Pencatat keputusan seperti biasalah...anak mak lang atau busu. Intipati perbincangan:
  1. makan minum
  2. ubahsuai umah mak lang
  3. majlis kahwin afis dan persiapan
  4. peranan ibu dan bapa saudara
  5. kerja-kerja awal persediaan
  6. hal-hal lain
  7. bersurai







Terhenti di sini

Langkahku terhenti di sini, di rumah mak lang yang dikeliling dengan hutan belukar di belakangnya dijirani dengan sebuah kawasan perumahan kecil di satu sudut pekan. Hati dikhabar dengan kokokan ayam di pagi hari, kicauan burung bernyanyi-nyanyi lagu yang aku sendiri tidak pasti iramanya. Tenang setenang hati insan menerima anugerah Tuhan. 

Pagi itu aku dijamu dengan menu kegemaran abang disayang, suamiku yang turut sama melangkah ke sini. Cokodok yang disampingkan dengan gorengan sardin dan ikan masin. Resepi imtim suami kesayangan digarap dengan enaknya hasil tangan mak lang dan anak-anaknya. Aku dan mereka sama-sama mengisi rasa yang hilang. Dan naluri pun bersyukur dengan rezeki yang dihidangkan.


Banyak yang disembangkan pagi itu. Lebih-lebih lagi pabila disertai dengan kunjungan adik kakak bersama. Budaya keluarga yang diteruskan tetap utuh dan kukuh menjadi tradisi untuk dikenang. 

Terpaku aku di sini...memerhati rumah mak lang yang sedang dibaiki hasil tangan si mat yang datang dari kampungan seberang jalan. Teliti hasil kerjanya ditambah lagi dengan hasil tangannya dipahat dengan penuh perasaan.

Yang pasti langkahku ke sini, mengimbau semula kenangan sedetik sejarah silam hati-hati yang ditinggalkan. Sayu dan pilu berbaur dan amat sukar untuk dipisahkan.


Saturday, July 17, 2010

Langkahku hari ini

Aku balik ke kampung hari ini menjenguk kalian yang hilang. Setelah beberapa ketika...di sini kutemui kakak-kakak dan adik-adikku meneruskan kehidupan disulami ketenangan. 
Alhamdulilah, mereka berbicara tentang cinta, kasih, sayang dan keprihatinan insan. Di sana jua, kukesani  mereka yang hilang pertimbangan kerananya. Hati tersentuh jika milik diambil orang atau hilang dari pandangan. Kuperhatikan alunan rentak hidup ternakan kesayangan si ila dengan si ana bersantai riang dalam kegelisahan, seolah-olah mengerti kelompangan diri yang ditinggalkan. Langkahku terhenti di sini menanti....apa lagi yang boleh dikendali bagi mengubati kelukaan hati.


Friday, July 16, 2010

Thursday, July 15, 2010

Tepat 12.00 Tengah Malam

Pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 2 tiba ke tarikh penghujungnya. Pengetua dan Guru Besar yang terlibat berhempas pulas menyediakan maklumat yang diperlukan. Dikatakan, mana-mana calon yang terpilih akan dinilai oleh Jawatakuasa Penilaian iaitu Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti mulai 19 hingga 30 Julai 2010. 


Antara syarat penting ialah calon SBT mestilah cemerlang dalam semua aspek pendidikan dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan mahupun kemenjadian modal insan (itulah istilah-istilah yang sering dikaitkan dengan NKRA sekarang). Selain itu, dikatakan calon juga hendaklah cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sehingga hari ini telah ada 20 SBT di negara kita. Tahun 2010 bilangan SBT akan bertambah sebanyak 30 menjadikan semua sekali adalah 50 buah. Dijangkakan, pengumuman tentang pemilihan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk SBT KPM pada masa yang akan ditetapkan.

Hapuskan kesedihanmu teman

Hati terganggu dek kesukaranmu teman
(sambungan):

Teringat aku tentang perumpamaan. Kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum. Ingin kuajukan perumpamaan ini kepadamu teman, tetapi berita gembira darimu pagi ini menghentikan segala yang tersirat di hati.

Berbunga hatiku pabila mendengar hubunganmu bakal dipulihkan....alhamdulillah DIA mendengar segala rintihan. Secepat kilat takdir ditentukan. Bila difikir-fikirkan, mana mungkin teman secantikmu hendak  ditinggalkan oleh lelaki yang bergelar suami. Mana mungkin si cantik manis seceria dan sebaikmu dilupakan oleh lelaki, ayah kepada anak-anak yang pintar. 

Hapuskan kesedihanmu kawan. Apa yang telah berlaku adalah cabaran dan ujian yang telah disuratkan. Mahligaimu terus dapat dipertahankan. Mendengar ceritamu...aku tumpang gembira. Sesungguhnya Allah itu maha kaya..maha adil...maha penyayang...Bahagialah hendaknya...temanku sayang sepanjang zaman...

Wednesday, July 14, 2010

9 budak itam - sambungan

Tersurat satu kehidupan. Kak besah yang kehilangan, merintis hidup penuh likuan. Nasibnya baik ada insan yang penyayang ke hulu ke hilir tak pernah sendirian. 
  • ke tempat kerja di hantar kak long...
  • ketiadaan kak long anaknya fazilah menyambung..
  • ke bank, ke kedai, ke mana-mana tidak pernah sorang mesti ada yang menolong...
  • murahnya rezeki si ibu tunggal....
  • baik hatinya tidak kepalang...
  • menjadilah ia tempat bergantungan...
  • mengambil alih tugas kak long yang hilang.
  • hatinya tabah..bersama tawakal..
  • kepada Allah....meminta bekal..
  • tenang hatinya walau disangkal...pandangannya jelas...halatuju dicapai..
  • kepada ayam-ayamnya...tercetus hiburan..
  • mengulang semangat yang kak long pipiskan...
  • menanam bunga di sekitar halaman..
  • berselang-selang kunjungan adik kakak yang tak pernah hilang


Sejak ketiadaan kak long, kak besah tak ada kawan rapat yang boleh diajak berbincang dan muafakat segala yang dapat. kasihnya berpindah pada adik-adik dan ipar duai yang berkunjung menziarahi beliau. Di rumahnya kini segala tugas kak long terkumpul. Menjadi tempat singgah dan tempat berbincang segala hal dan kesusahan. Apabila kami balik ke kampung di sinilah tempat bersembang...

Kepadamu kak besah...Syukur dan tabah...segala yang berlaku telah ditentukan. Qada dan qadar adalah kerjanya Tuhan kepada ia kita serahkan. Ima puteri sulungnya memain peranan mencari rezeki tambah pendapatan, dibantu faizal tonggaknya dia, mendapat rahmat sepanjang masa. Di kampung ilah bersama sepakat ibu tiadalah had. Farid anaknya pemuda yang hebat berkata bercerita diterima masyarakat. Taat si farhana si anak bungsu, terjalin kasih ibu yang satu. 


Untukmu kak besah dan anak-anak, kudoakan berkat hendaknya sepanjang hayat. Dikasih Tuhan amalan tuntutan. Panjang umurmu, sihat minda dan fikiran. Gembira hatinya moga terus  meminta  pada DIA tiadalah tandingnya.

Gambar-gambar kenangan bersama kak besah insan berhati suci
kak besah rapat dengan anak-anak saudaranya
 Bersama kenangan 
 Kenangan mengusik rasa 
 Gagah melangkah walaupun payah 
Anak-anak penyambung zuriat
dan penerus amanah

Related Posts with Thumbnails