Wednesday, June 2, 2010

Jauhi Penyakit Melalui Pemakanan


Enak...lazat dan menyelerakan..itulah makanan harian kita di bumi mewah tercinta... Tanpa kita sedar kemewahan itu mengundang banyak penyakit yang sukar diubati.

Antara penyakit kronik yang sering dialami oleh orang kita adalah :



  1. sakit diabetis
  2. tekanan darah tinggi
  3. serangan jantung
  4. asthma
  5. kolestrol jahat dan banyak lagi. yang kita nampak ada dalam masyarakat kita
Kalau tidak dipecahkan ruyong...manakan dapat sagunya....kalau tidak kita mencuba manalah tahu khasiatnya......Kata nenek...kurangkan gula....kata nenek....kurangkan garam....kata nenek....kurangkan lemak.....kata nenek....kurangkan semua.......


Pening kepala dibuatnya......Kata Kak Ijot pula dambakan gaya hidup yang sihat supaya kita nampak sentiasa ceria....hati mahu bersih. baa.....bebas dari prasangka....Berkawan biar seribu tetapi berkasih biarlah satu.......Untukmu kekasih....alunan idola pembakar semangat dan jiwa.....

Sembang-Sembang Pagi



Jam menunjukan pukul 3.00 pagi... sayup-sayup terdengar desiran air ditepi kolam...terasa kelainan desirnya pagi ini... itulah terapi jiwa pengubat duka di kala lara...sengaja pancuran air dibina di kolam ikan yang besarnya sekangkang kera. Apapun aku amat bersyukur dan berterima kasih kerana hajatku tertunai oleh insan yang aku sayang si bapa kepada pewaris bangsa seorang puteri diganding dengan tiga orang puteraku.

Sedang aku leka mengamati...tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara garau 'si kucing jantan' kepunyaan jiran lantas igauan semalampun datang berkunjung.... masih kurasa sedihnya...masih ku ingat sayunya...sendu si ibu menangis mencari anaknya yang hilang entah ke mana... Wahai dunia yang fana....alangkan binatang sayangkan anak ....apakan lagi kita manusia yang lengkap akalnya......

Itulah ragam hayat si kucing....baru saja melahirkan anak, belumpun sempat disusukan... si anak dibaham oleh sikucing jantan. Ragamnya gaya sang singa di hutan yang pantang meninggalkan saingannya merampas segala peluang yang ada....menjadi kebiasaan, kalau ada anak kucing jantan...maka hayatnya...tidaklah panjang...


Sedarlah kita...itulah hukumnya alam...sedari dahulu sehinggalah sekarang, yang kuat dirajakan.....manakala yang lemah dikulikan.....




 klik di sini

Tuesday, June 1, 2010

Cikgu Jay Mengimbau Lagi




Ungkapan keramat ini sering didengari oleh semua insan yang bernama cikgu..... Masih ku ingat ketika itu aku di tahun satu... Terngiang-ngiang diingatan suara anak-anak kecil yang rata-ratanya petah berkata-kata dan amat ceria....apabila mula memasuki alam persekolahan di sebuah desa terpinggir.

Apabla cikgu bertanya kepada murid-murid tentang cita-cita masing-masing sepantas kilat kawan-kawanku menjawab seorang demi seorang. Kata mereka....

Cita-cita saya bila dah besar nanti nak jadi Doktor
Cita -cita saya bila dah besar nanti nak jadi Mak Andam
Cita -cita saya bila dah besar nanti nak jadi Peguam
Cita-cita saya bila dah besar nanti nak jadi Polis
Cita-cita saya bila dah besar nanti nak jadi Askar

Ramai kawan-kawanku...yang bercita-cita menjadi guru....Tidak terkecuali aku......tetapi cita-citaku nak jadi guru yang dedikasi dan berkesan.....Itulah kata-kata indah yang tidak dapat kulupa...dan kubawa ke mana-mana. Nah hari ini....niat dan hajat itu tercapai....akulah seorang guru sekolah.....yang turut sama berperanan membantu negara membina modal insan yang cemerlang.....

Cemerlangkah aku.? Cemerlangkah aku ?

Aku peduli apa kalau ada yang kata aku tak secemerlang mana.......yang pasti kalau aku melaksanakan kerja......aku pasti laksanakan dengan sempurna. Sehabis yang aku terlarat. Kata orang kecemerlangan seseorang itu bukan kita yang mengukurnya.... Orang lain yang nampak dan orang lainlah yang menentukannya.

Yang utama...dengan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang ada...aku ingin sama mencemerlangkan anak-anak bangsaku di negara berdaulat ini.....



 klik di sini

Bermulanya Satu Sejarah



Semuanya bermula dengan peluang yang diberikan kepada aku.... Peluang di hadapan mata kugarap sehingga menjadi kenyataan....rupanya dalam darahku ada warisan....pejuang dan pengusaha yang berjaya...

Masih tebal diingatanku bagaimana usaha yang berterusan bakal membuahkan hasil. Bagaimana asset yang yang ada ditadbir dengan ilmu dan tulang kuderat sendiri dan bagaimana rasanya apabila usaha yang bermula berakhir dengan kejayaan atau kepayahan.....masih segar diingatan.....

  1. pokok ubi di cabut di ladangan mak munah;
  2. buah kelapa diturunkan dari pokoknya yang tinggi menggalah;
  3. ikan laut, ikan sawah diperangkap menggunakan jaring lebihan;
  4. mengkuang pandan dikendong menggunakan basikal atok yang uzur;
  5. memetik peria dari kebun nyior ladangan keluarga
  6. merekayasa kepala katil dijadikan rak buku jenama sendiri
Peluang yang datang tidak selalu.... Ia datang apabila kita dicuba... Oleh itu rebut peluang yang ada sebab mungkin itulah jalan yang digerakkan kepada insan pilihannya....


 klik di sini

Malang Si Anak Yatim


Cuti sekolah adalah musim orang melangsungkan perkahwinan... Masih ku ingat ketika aku masih kecil , di kampungku, aku adalah insan yang paling suka bila tiba musim cuti sekolah... Bukan kerana aku tak perlu membaca buku...bukan juga kerana aku tak perlu pergi ke sekolah tetapi hanyalah semata-mata bila cuti sekolah banyak sangat peluang dapat makan percuma. Masa itu kebanyakan majlis-majlis kahwin di kampungku akan menumbangkan seekor kerbau yang gemok-gemok belaka...Kesukaanku daging kerbau dimasak kari cara orang melaka...

Wow sedapnya sampai teringat-ingat hingga kini.... kata orang kalau mak enon yang masak...sedap karitu...kata orang kalau mak laya yang masak enak kari tu......dan kata orang juga, kalau ....mak ijot yang masak...lazat karitu...sambil menjilat jari...Maka berbondong-bondonglah si anak yatim ke majlis sambutan pengantin........

Anak yatim yang kehilangan ibu itu siap berpakaian catik peninggalan ibunya...baju kurung warna kuning bercorak putih... dibawanyalah semua adik-beradiknya yang tak faham apa tentang adat protokol majlis perkahwinan. Sedang enak menjamah hidangan yang diberi khas kepada kanak-kanak...tiba-tiba terdengar suara berbisik di sudut sana....eeh...eeh...eeh anak sipolan bin sipolan tu...datang makan saje...datang menolongnya tidak...

Terdetik disudut hati apalah yang mampu ditolong oleh seorang anak kecil dalam majlis perkahwinan seperti itu...silap-silap rosak majlis dibuatnya.....Tambahan pula dia datang membawa adik-adiknya yang masih kecil. Datang mereka sekadar meramaikan majlis....sekadar menjengok muka lantaran tiada wakil dari ibu dan bapa sebab kedua-duanya telah tiada pergi menyahut seruan Ilahi yang Esa.

Itulah sikap orang-orang kita....lagi susah seseorang itu maka lagilah menjadi bahan cacian dan umpat keji mereka. Anak yatim yang tidak beribu dihina nesta hingga meninggalkan luka yang mendalam.... Kenangan itu dibawa hingga dewasa. Benarlah kata orang....zaman dulu-dulu...kalau anak yatim dan keluarga yang susahtu..bukan nak ditolong...dihina lagi adalah... amat berbeza dengan tanggapan orang-orang masa ini kalau...jumpa dengan anak yatim merka sangat membantu dan akan menolong apa yang mampu..... Itulah hukum alam....lain ulu lain parang....lain padang lain belalangnya.

Sekadar pesanan orang lama kepada semua ibu dan bapa..bantulah mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi si anak yatim yang tidak punyai apa-apa, yang kehilangan ibu dan bapa. Ingatlah jika kita menggembirakan orang lain, sebenarnya kegembiraan itu akan singgah terlebih dahulu kepada kita.....

Dia budak sekolah





Lautan hening membiru kelabu. Nun jauh di kaki langit bebayang matahari mengimbau kenangan lalu.. seorang budak sekolah....menjual ikan hasil tangkapan menggunakan pancing buatan sendiri. mata pancingnya hanya secalit dawai yang dibengkokkan dan diisi umpan...rezekinya mengena seekor ikan....ikan mengkerong...


Gembira nya bukan kepalang....pancing dilontar berulang-ulang ditepi Laut Selat Melaka belakang rumah peninggalan datuk nenek. Cukup lima ekor ikan dibawa pulang dengan penuh keceriaan.... petang itu budak sekolah ini menjamah nasi berlaukan ikan pancingannya. gembira dia kerana telah menyara keluarganya dengan titik peluh sendiri tanpa desakan sesiapa....

Hampir dua puluh tahun berlalu, semua kenangan terhumban jauh disudut sana...dilupai sebab ada pengganti yang jauh lebih sukar untuk ditangani. Masa yang banyak terbuang selepas balik dari sekolah tidak diisi dengan perkara yang berfaedah.... nah terjerbak sudah dengan pesalah juvana...

Rata-rata kawan-kawanku...tercicir sekolah diusia muda. mereka menamatkan zaman remaja atas desakan keluarga.... ada yang hanya goyang kaki bersam-sama orang-orang tua yang tidak bekerja...leka..bersama-sama perginya masa... Manakala dia budak sekolah terus berjuang meningkatkan ilmunya.

Ilmu digarap dalam keadaan sukar....berulang jauh dari rumah ke sekolah 20 km sehari berbekalkan cukup-cukup tambang untuk bas. Hari-hari berpuasa menghirup angin, menelan liur yang kian tandusnya... Tiba masanya budak sekolah mendapat kejayaan dengan bangganya....

Kini alam lalu menjadi panduan, dorongan hari muka moga sentiasa mengenang susah senang hidup bekeluarga.... Dia budak sekolah itu dahpun memiliki apa yang dimahunya....bahkan tanah yang sekangkang kera dahulu kini....melebarnya sukar dikira.... syukur atas kehendaknya....

Melalui hari-hari mendatang budak sekolah tidak lupa...membantu terutama mereka yang susah lebih-lebih lagi yang mempunyai latar belakang yang sama pernah dilalui satu ketika. Budak sekolah bukanlah hartawan pengumpul harta bukanlah jutawan kaya melangit tetapi....semua yang dia ada ....cukup untuk menguasai dunia... ilmu...kuderat....kesungguhan...dan jati diri yang sukar ditandingi bahkan oleh sesiapa saja.... Dia budak sekolah itu punyai hati insan normal yang ingin dimiliki oleh sesiap sahaja...

Moral dari bingkisan yang dinyatakan ialah...nasib seseorang itu, tidak kekal begitu selamanya...akan berubah bila tiba masanya... ibarat roda...ada masanya di atas ada masanya di bawah.... Redha dan terima apa saja ketentuan Tuhan. Yang utama jangan putus asa dan jangan berhenti berusaha.....

Cikgu Jay Menulis

Berkisar aspek-aspek berikut :
  1. Pesanan Kak Ijot
  2. Remaja Terleka;
  3. Murid Kita;
  4. Cikgu sekolah;
  5. Pemimpin Yang Berjasa;
  6. Sekolah yang ada dipuja-puja
  7. Pendidikan Negara Kita
  8. Jejak Bangsa Merdeka



Related Posts with Thumbnails