Showing posts with label Langkahku. Show all posts
Showing posts with label Langkahku. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Ada riang di wajahnya

Inilah dia warisanku. Putra putri pengikat kasih aku dan suami. Moga kekal bahagia selamanya. Pada mereka kujulangkan kata-kata 'ke manapun kita pergi, apapun urusan yang kita buat, usah lupakan ibu bapa kerana merekalah, kita menjengah dunia...

ok..ok..tinggi lagi..tinggi lagi
tenungan makrifat..siapa yang kena
ekk...ngapain disalai di situ...
berteduh dipohon tak rendang..
Kegembiraan mereka adalah kegembiraan kami. Melihat diaorang ketawa terasa diri ini menjadi juara. Hari demi hari kasih dipupuk menjadi lebih bermakna walau dalam keadaan berebut-rebut tak tentu masa. Kepadamu Tuhan, hati berdetik, jiwa berkata berkatilah hidup kami sepanjang masa....

Wednesday, July 21, 2010

Jejak ku tinggal di sini

Indah sungguh ciptaan Tuhan, bila berada di puncak ini bersama orang-orang yang kita sayang. Di sini aku lebih tabah mengalah dan berserah dengan apa sahaja keadaan yang mendatang. Dinginnya malam tidak terkata.Khabarnya hutan rimba ini sentiasa dibasahi hujan. Itulah sebab sejuknya bagai tak boleh ditahan-tahan. Sesekali aku terasa dibuai-buai oleh angin yang bertiup kencang. Rasanya bagaikan dihayun oleh tangan-tangan yang sukar untuk aku gambarkan. Semuanya itu menjadi kenangan dan kekal tersimpan dalam ingatan.


Di salah satu rumah di puncak bukit itulah...aku menghabiskan masa selama hampir 3 hari dalam misi ke mana langkahku pergi. Saat-saat menghirup angin malam sangatku nanti, kerana itulah masanya aku dapat membezakan rasa antara bernafas dalam debu, dengan bernafas dalam udara yang menyegarkan. Walaupun singkat masa yang ada....keheningan malam itu kuisi sepenuhnya. Amatlah sunyi tidak terkira apabila berada di tengah-tengah hutan rimba belantara.  Kata orang, tempat jatuh lagi dikenang...inikan pula tempat kami dan anak-anak pernah bermanja. Bila tiba masanya, kami akan datang lagi mengekori jejak-jejak kami yang telah hilang di sini.....

Monday, July 19, 2010

Menjejak rumput di kebun

Menebas lalang dan mengemas kebun adalah rutin pak ngah yang dilaksana setiap kali beliau balik ke kampung. Sebaik habis rutinnya, pak ngah turut serta dalam meeting di umah mak lang. Tampak jelas wajah kegembiraan pak ngah mengurus kebun di belakang rumah.
Ku ulang lagi pesanan kak long....'tidak rugi berbudi pada tanah....satu hari nanti kita juga yang dapat untungnya'. Hasil titik peluh mereka berdua di bandar, terbinalah sebuah mahligai bahagia yang tersergam indah di satu sudut desa berhampiran pusat pembelajaran islam yang ternama. Hati mereka riang pabila bermesra dengan pokok-pokok hiasan alam....
Kepada anak-anak, kata dipinta...bila ada masa jengok-jengoklah  mereka yang udah tua. Kata tanpa rahsia, maksud dicapai dalam nada ceria. Keprihatinan anaknya...dirasa sama oleh saudara mara yang berada nunnn jauh di desa.


Sunday, July 18, 2010

Meeting mengejut?

Huu...huu..huu...meeting mengejut? Itulah yang biasa berlaku apabila kampung kujengok tanpa kuberitahu.... Semua ahli siap sedia berkumpul. Tempat meeting diadakan di rumah mak lang di hujung kampung sebuah pekan. Dihadiri oleh pak long, mak ngah, mak lang, mak wan, pak teh, pak itam, mak uda dan busu dengan pasangan masing-masing. Meeting kami ini turut dihadiri oleh ahli seisi keluarga di bahagian hadapan rumah mak lang yang masih dalam pengubahsuaian. Tema meeting : Pe hal umah mak lang tak siap?
bahagian depan umah mak lang

Ahli tetap iaitu acik sekeluarga tak datang sebab sedang berhadapan dengan dugaan Yang Maha Esa, mertuanya sedang sakit di hospital. Sabarlah adik iparku Jefry...biarlah DIA melaksanakan aturannya...Mudah-mudahan dilapangkan dada dan hayatnya dipanjangakan. Berita diterima dari Pak long yang baru pulang dari membuat lawatan ke hospital.                                    


Agenda meeting hari ini tidak ditetapkan. Bermula jam 9.00 pagi selesai mengikut keperluan. Pencatat keputusan seperti biasalah...anak mak lang atau busu. Intipati perbincangan:
  1. makan minum
  2. ubahsuai umah mak lang
  3. majlis kahwin afis dan persiapan
  4. peranan ibu dan bapa saudara
  5. kerja-kerja awal persediaan
  6. hal-hal lain
  7. bersurai







Terhenti di sini

Langkahku terhenti di sini, di rumah mak lang yang dikeliling dengan hutan belukar di belakangnya dijirani dengan sebuah kawasan perumahan kecil di satu sudut pekan. Hati dikhabar dengan kokokan ayam di pagi hari, kicauan burung bernyanyi-nyanyi lagu yang aku sendiri tidak pasti iramanya. Tenang setenang hati insan menerima anugerah Tuhan. 

Pagi itu aku dijamu dengan menu kegemaran abang disayang, suamiku yang turut sama melangkah ke sini. Cokodok yang disampingkan dengan gorengan sardin dan ikan masin. Resepi imtim suami kesayangan digarap dengan enaknya hasil tangan mak lang dan anak-anaknya. Aku dan mereka sama-sama mengisi rasa yang hilang. Dan naluri pun bersyukur dengan rezeki yang dihidangkan.


Banyak yang disembangkan pagi itu. Lebih-lebih lagi pabila disertai dengan kunjungan adik kakak bersama. Budaya keluarga yang diteruskan tetap utuh dan kukuh menjadi tradisi untuk dikenang. 

Terpaku aku di sini...memerhati rumah mak lang yang sedang dibaiki hasil tangan si mat yang datang dari kampungan seberang jalan. Teliti hasil kerjanya ditambah lagi dengan hasil tangannya dipahat dengan penuh perasaan.

Yang pasti langkahku ke sini, mengimbau semula kenangan sedetik sejarah silam hati-hati yang ditinggalkan. Sayu dan pilu berbaur dan amat sukar untuk dipisahkan.


Saturday, July 17, 2010

Langkahku hari ini

Aku balik ke kampung hari ini menjenguk kalian yang hilang. Setelah beberapa ketika...di sini kutemui kakak-kakak dan adik-adikku meneruskan kehidupan disulami ketenangan. 
Alhamdulilah, mereka berbicara tentang cinta, kasih, sayang dan keprihatinan insan. Di sana jua, kukesani  mereka yang hilang pertimbangan kerananya. Hati tersentuh jika milik diambil orang atau hilang dari pandangan. Kuperhatikan alunan rentak hidup ternakan kesayangan si ila dengan si ana bersantai riang dalam kegelisahan, seolah-olah mengerti kelompangan diri yang ditinggalkan. Langkahku terhenti di sini menanti....apa lagi yang boleh dikendali bagi mengubati kelukaan hati.


Friday, July 16, 2010

Related Posts with Thumbnails