Sunday, October 13, 2013

BANGSAKU MUDAH LUPA

Benarlah orang kata bangsaku mudah lupa. Keupayaan mengingat  sejarah silam dan menjadikannya teladan dan sempadan berada di aras rendah pada kebanyakan orang. Kesannya satu demi satu keistimewaan hilang ditelan zaman.....Terkini, pemilihan pewakilan UMNO 2013 menunjukkan percakaran yang tak sepatutnya demi mengejar satu jawatan.  Semoga tidak berpanjangan sehingga memecah belahkan. Tahniah dan selamat berjuang berhabis-habisan demi anak bangsa bagi yang menang manakala kepada yang kalah pujuklah hati dan kembalilah bekerja untuk negara. Lain lah kalau hajat bertanding untuk penuhi kepentingan diri sendiri....

Sunday, October 7, 2012

Friday, December 23, 2011

DIA DATANG LAGI

                               
    

Sunday, April 17, 2011

Baby baru Ina dan Syahir

Kumulai di sini sekali lagi. Hari-hari berlalu dengan rutin seorang ibu, rutin seorang isteri, rutin seorang adik kepada kakak, rutin seorang kakak kepada adik-adiknya dan rutin seorang pekerja kepada majikannya. Apa, siapa dan mengapa...biarlah kusimpan saja. Hati dan jiwa terasa ingin menyapa...lalu blog inilah menjadi penyudahnya. Jari jemari melakar cerita ...hari ini baru dapat bermula. 

Bulan-bulan berlalu banyak peristiwa yang berlaku. Ku bersyukur ke hadrat IIahi kerna 2011 bertambah lagi ahli keluarga ini. Lahirnya baby baru dalam keluarga makgah....Puteri Amna Nasuha..cantik secomel empunya nama. Saudara mara yang masih belum sempat melihatnya....inilah dia...puteri kepada ina, syahir dan abangnya  raihan. Tahniah Ina dan Syahir...





Related Posts with Thumbnails