Pepatah lama menyebut 'yang kurik itu kendi yang merah itu saga, yang baik itu budi yang indah itu bahasa'. Coretan tinta pintasan masa seorang anak kecil meniti dewasa. Ranjau duri diredah tanpa mengira penat dan lelah. Masa berlalu tidak diendah....hajat dicita tiba akhirnya terjelmalah hidup penuh bahagia
Masihku ingat masa itu...zaman sekolah pengalamaianku bergelut bersama kealpaan masyarakat dalam budaya ilmu memupuk minda bertaraf dunia. Sekolah dihadiri sekadar rutin harian memenuhi masa senggang dalam masyarakat yang sederhana. Tatkala rakan lain berseronok melayan keindahan zaman remaja..aku terperosok di satu sudut dunia tanpa tahu mengalah....demi kewajipanku seorang anak kepada kedua orang tua
Saat itu masih segar dalam ingatan...terbujur kaku ibuku pergi meninggalkan kami yang belum tahu apa-apa. Sikecil masih memerlukanmu tapi apakan daya...DIA lebih tahu afdal dan sebab musabab sambutanya diterima. Berbekalkan semangat waja pejuang hebat tanpa pernah mengalah, akhirnya sembilan nyawa yang ditinggal menggegar dunia dengan cara mereka
Kemenjadian insan dan urus tadbir yang cekap mampu melahirkan insan berjiwa kental sanggup mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan. Semuanya bermula dari insan bernama marizah atau nama panggilannya madam ijot. Kemampuannya mendidik sembilan saudaranya secara seikhlas hati setenang budi membuahkan hasil mengikut rentaknya. Sayunya masa berlalu, beliau pergi meninggalkan kami ...pergi buat selamanya....
Aku pasrah...penuh sedar apa yang berlaku. semuanya adalah ketentuan dan kehendak NYA. DIA sedang melaksanakan aturannya. Demi kasih kuhadiahkan ayat-ayat suci Al Quran untuk insan yang disayang perintis segala tradisi. Oh Tuhan...terimalah amalannya dan tempatkanlah beliau ditempat orang-orang yang beriman dan beramal salleh....Amin
Aku duplikasikan impak didikannya yang mengukir kenangan sepanjang zaman. Dari seorang anak kecil menjadi pendidik dan kini pemerhati kepada segala kemungkinan dalam sistem pendidikan bertaraf dunia. Akhiran pemula kata awal bicara....budimu tak ku lupa wahai madam ijot.......keranamu aku di sini
No comments:
Post a Comment