Saturday, August 28, 2010

Siap Sudah Umahnya

Percaya dengan kebolehan bangsaku...maka ku usahakan 'mereka' mengubahsuai rumah kak besah. Janji 3 minggu menjadi 2 bulan. Pelbagai alasan dan harapan. Tahu-tahu...wang diguna untuk kegunaan sendiri. Kecewa dan kecil hati dengan sikap bangsa sendiri. Hati dan jati diri berazam menentang pandangan sinis tentang bangsaku. Bila terkena diri sendiri maka...mata dibuka...pandangan dijurus benarlah kata mereka tentang bangsaku yang mudah lupa....

Julai...melihat kak besah, hatiku sayu....terkuburkah hasratnya untuk mendapatkan rumah idamannya...hasil titik peluhnya sendiri...sementara beliau masih ada.



Ogos...masih ada yang sayang...rupanya masih ada serpihan bangsaku yang  dapat merawat luka ini. Kini rumah kak besah telahpun sedia untuk digunakan...waah...dapatlah digunakan untuk hari raya nanti....aku hanya tumpang gembira dengan kegembiraan orang lain...itu sudah mencukupi.

2 comments:

  1. Salam ..
    Saya pun ingat nak tolong bangsa sendiri berniaga.. mulanya minta buat kuotation untuk dapur.. datang sukat.. tapi sampai hari ni tak bagi-bagi..
    Kemudian budget dah lari sikit, panggil suami kawan sendiri untuk buat awning..sampai laa tak datang-datang..
    Panggil pulak.. tukang pasang railing tingkap..datang sukat tapi dah nak raya tak juga pasang-pasang... Nak saya siapa sekarang..kalau buat bisnis camni rupa..

    ReplyDelete
  2. salam roslaini,

    moga sihat dan selamat berpuasa dan menyambut aidilfitri yang mulia.

    itu lah realiti yang ada. bagaimana kita nak ubah situasi ini. sudah disuratkan....atau...memang orang kita mudah lupa.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails