Wednesday, July 21, 2010

Jejak ku tinggal di sini

Indah sungguh ciptaan Tuhan, bila berada di puncak ini bersama orang-orang yang kita sayang. Di sini aku lebih tabah mengalah dan berserah dengan apa sahaja keadaan yang mendatang. Dinginnya malam tidak terkata.Khabarnya hutan rimba ini sentiasa dibasahi hujan. Itulah sebab sejuknya bagai tak boleh ditahan-tahan. Sesekali aku terasa dibuai-buai oleh angin yang bertiup kencang. Rasanya bagaikan dihayun oleh tangan-tangan yang sukar untuk aku gambarkan. Semuanya itu menjadi kenangan dan kekal tersimpan dalam ingatan.


Di salah satu rumah di puncak bukit itulah...aku menghabiskan masa selama hampir 3 hari dalam misi ke mana langkahku pergi. Saat-saat menghirup angin malam sangatku nanti, kerana itulah masanya aku dapat membezakan rasa antara bernafas dalam debu, dengan bernafas dalam udara yang menyegarkan. Walaupun singkat masa yang ada....keheningan malam itu kuisi sepenuhnya. Amatlah sunyi tidak terkira apabila berada di tengah-tengah hutan rimba belantara.  Kata orang, tempat jatuh lagi dikenang...inikan pula tempat kami dan anak-anak pernah bermanja. Bila tiba masanya, kami akan datang lagi mengekori jejak-jejak kami yang telah hilang di sini.....

2 comments:

  1. w'sallam zulkbo,
    nunn di atas bukit hampir dgn gunung tertinggi di negara kita. Hajat di hati nak panjat gunung. apakan daya tepi2pun jadilah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails