Saturday, September 4, 2010

Bila Semua Depan Mata

Semalam lepas maghrib barulah kami sekeluarga berkumpul. Bila semua anak sudah di depan mata, hati terfikir dan jiwapun merancang. Hajat hati sebelum mereka jauh dewasa....kemeriahan sambutan hari raya perlu mereka fahami secukupnya. Di kota, di desa dan di mana-mana saja gaya dan suasananya sama. Supaya misi ini menjadi bekal yang cukup untuk mereka  buat perbandingan rasa dan suasana sambutan setiap kali tiba musim perayaan. 


Kekalutan, kesibukan, kemeriahan, keceriaan serta ketidakkeruan masyarakat kita menyambutnya perlu diperhatikan dan dirasai sendiri oleh mereka. Moga mereka dapat membuat pertimbangan yang wajar satu ketika nanti. Untuk itu, hari ini kami akan turut sama menambah kesesakan kota berada di pusat bandar Key Ell. Jom putra putriku tengkok wawan, tengkok lalan, tengkok dadid dan puteriku malia.

Tuesday, August 31, 2010

Mengisi Kemerdekaan

photo: goggle


Peranan kita dalam mengisi kemerdekaan. Cara dan bentuk berbeza dahulu dan sekarang. Fahami saja mesej yang cuba disampaikan melalui iklan-iklan yang dipaparkan dalam TV. Semuanya terkandung mesej jelas erti kemerdekaan diselitkan dengan mesej semasa negara 1 Malaysia.

'SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA'
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI'





Monday, August 30, 2010

Esok 31 Ogos

31.8.2010
Hari Kemerdekaan Negara Kita Ke 53. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Kemedekaan Dicapai Tahun 1957........Hingga Kini 2010, Pengisiannya...Punyalah Banyak Hingga Tidak Terhitung Oleh Kita Warganya....Sebagai Tanda Syukur, Jom lah Kita Ucapkan Terima Kasih Kepada Semua Pihak Yang Terlibat Mengusahakannya....Terima Kasih Untukmu Pejuang Bangsa Sehingga Tercapainya Kemerdekaan dan Dapat Pula Mengisi Serta Mengekalkan Kemerdekaan Negara: Penghargaan Khusus Untukmu....
  1. Pemimpin Terdahulu,
  2. Pemimpin Masa Kini,
  3. Petugas Keselamatan Terdahulu,
  4. Petugas Keselamatan Kini,
  5. Pejuang Perseorangan Terdahulu,
  6. Pejuang Perseorangan Kini,dan
  7. Semua Mereka Yang Ada Peranan Untuknya.....Terima Kasih Semua.

Saturday, August 28, 2010

Ziarah Anak Di Pekan

Awal Pagi aku telah siap. Rendang ayam dan daging ku isi ke dalam periuk yang baru ku beli untuk kutinggalkan kepada anakku di Pekan. Katanya..makanan di sana boleh tahan mahal dan tinggi kos hidupnya. Betul tidaknya...akan kurasai sendiri hari ini dan esok. 

Terpanggil dengan keluhannya itu, aku sekeluarga akan memulakan perjalanan pagi ini ke sana. Akan kuziarahi putera keduaku yang semasa kecilnya kupanggil dengan gelaran 'Tengkuk Syazlan'. Itulah rutin kami pabila tiba bulan puasa. Turut beramadhan bersama anak-anak, satu kali dalam bulan puasa di tempat belajar mereka.

Bezanya....perjalanan kali ini....kami ada misi...misi yang bakal merungkai persoalan puteraku dan kawan rakannya yang bergolak dengan kos hidup sebagai pelajar. Pada mereka, kemudahan pemakanan dan sokongan  persekitaran amatlah penting terutama kepada mereka yang berada di tahun akhir pembelajaran.

Ok puteraku tengkuk syazlan...tunggula ma, pa, abang dan adik. Kita jumpa di sana nanti ye...bye

Buka Puasa Bersama

Teringat kemeriahan berbuka puasa di rumah kak long tahun lepas. Tak sangkalah pula...itu detik terakhir bersamanya di bulan puasa. Minggu lepas..aku cuba mengulangi kemeriahan itu di rumah peninggalan kak long....rasa dan suasananya tidak sama. Bagai ada yang hilang...tidak lengkap...
Anak saudaraku sedia menunggu saat buka puasa

Apapun hidup kena diteruskan....Tak adil kepada mereka yang lain jika kulayan perasaan ini. Mereka juga darah dagingku...adik dan kakak-kakak ku. Kemeriahan berkumpul dapat menghidupkan suasana rumah kak long yang sunyi sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kata sepakat diambil....suasana itu akan diteruskan menjelang hari raya ini. 
Kali ini Syahidan dan Aziq ditugaskan untuk baca doa

Kepada semua adik-beradik, anak-anak saudara, ipar duai dan semua yang berkaitan...jom kita kembalikan suasana itu sama seperti semasa hayat kak long dahulu. Bersama mohon berkat dari Tuhan, bersama makan-makan, sembang-sembang, bersama rancang dan bincang apa sahaja yang berkaitan dengan keluarga, agama dan negara. 
Juadah buka puasa kami sediakan bersama 8 beradik

Semuani kami buat untukmu kak long....jasa dan budi yang telah dipahatkan untuk kami teruskan...insyaallah.

Siap Sudah Umahnya

Percaya dengan kebolehan bangsaku...maka ku usahakan 'mereka' mengubahsuai rumah kak besah. Janji 3 minggu menjadi 2 bulan. Pelbagai alasan dan harapan. Tahu-tahu...wang diguna untuk kegunaan sendiri. Kecewa dan kecil hati dengan sikap bangsa sendiri. Hati dan jati diri berazam menentang pandangan sinis tentang bangsaku. Bila terkena diri sendiri maka...mata dibuka...pandangan dijurus benarlah kata mereka tentang bangsaku yang mudah lupa....

Julai...melihat kak besah, hatiku sayu....terkuburkah hasratnya untuk mendapatkan rumah idamannya...hasil titik peluhnya sendiri...sementara beliau masih ada.



Ogos...masih ada yang sayang...rupanya masih ada serpihan bangsaku yang  dapat merawat luka ini. Kini rumah kak besah telahpun sedia untuk digunakan...waah...dapatlah digunakan untuk hari raya nanti....aku hanya tumpang gembira dengan kegembiraan orang lain...itu sudah mencukupi.

Saturday, August 21, 2010

Penantian Satu Penyeksaan

Benarke kenyataan ini? Pagi ini aku terus menanti kedatangan kak ngah ke rumahku...kami janji sama-sama nak balik menjengok kampung di Melaka. Rutin yang biasa baginya dan aku setiap bulan atau bila sahaja terkenang saudara-mara yang masih di sana...

Seawal pagi aku dah siap siaga untuk hasrat itu. cadangnya nak balik sendirian bersama kak ngah...tetapi dah biasa ke sana sini ditemani kekasih hati anak bungsu dan suami, akhirnya mereka pun turut sama. Rasa-rasanya di kampung nanti, kalau sempat nak buka puasa di rumah peninggalan kak long...akan ku kumpulkan adik-beradik yang lain supaya turut sama di sana. Sementara menanti ketibaan kak ngah ke rumahku....sempatlah ku titipkan sms menyatakan hajat kepada adik-beradikku di kampung.

Dari jam 8.30 pagi..tunggu punya tunggu...kak ngah tak kunjung tiba. telefon kuangkat dan terus bertanya khabar....terkejutnya...kak ngah rupanya masih di rumahnya di KL dan belum bertolak ke rumahku lagi. Sangkanya kami nak balik petang atau malam nanti.....lagipun smsnya kepadaku petang semalam tidak berjawab, katanya lagi. Oleh itu kak ngah hanya standby bila-bila saja aku nak balik....kak ngah akan join....

Laaa...begitu pula jadinya....mungkin salah aku agaknya. Dek kesibukan di tempat kerja semalam hinggakan telefon dan sms yang dihantar oleh kak ngah tak sempat ku urus. Dan yang lebih tak sedapnya...kusangkakan aku telah membalas sms nya...menyatakan jam berapa nak bertolak pagi ini....rupa-rupanya....sms yang menyatakan kami akan bergerak jam 10.00 pagi itu, masih tersimpan di dalam draf memori telefon aku.... benar....bukanlah salah kak ngah....salah aku rupanya....

Ok kak ngah....hajat kena diteruskan...kita kena balik..banyak yang nak kita bereskan di kampung dalam 1-2 hari ini al maklum majlis sambut menantu anak kak long dah hampir tiba.... kita balik ye....kak ngah ambik lah masa yang sesuai untuk sampai ke sini dan lepastu, kita balik sama-sama. Sementara menanti kak ngah sempatlah catatan ini kusiapkan.... 

Maaf...maaf...maaf... ye kak ngah...kita kan sedang berpuasa....
Related Posts with Thumbnails