Selamat berpuasa untuk semua mereka yang beragama Islam. Ingatanku tiba-tiba melayang teringat zaman kecil-kecil dahulu, saat-saat ketika bangun bersahur pada bulan ramadhan. Masa itu suasana berpuasa amatlah meriah dan sentiasa dinanti-nanti. Masih terdengar-dengar ketukan tin, kayu, dan teriakan jiran-jiran mengejutkan jiran-jirannya yang lain supaya bangun bersahur. Bising, tetapi amatlah mulia hasrat dan tujuannya.
Masa tu, hampir semua orang kampung itu bangun bersahur antara jam 1.00 pagi hingga 3.00 pagi. Bayangkan kena bangun untuk makan pada saat-saat yang paling seronok melayan mimpi. Amat sukar tetapi hampir semua mereka yang berpuasa zaman dahulu tetap bangun bersahur sebab menyedari tentang faedah dan kebaikannya. Berbeza benar situasinya...dengan hari ini....
Menjamah makanan di awal pagi ketika bersahur begini, mengingatkan aku kepada semua mereka yang jauh di mata. Anak-anak yang disayang...terjagakah dikau di saat-saat begini...berselerakah menjamah hidangan...bertambahkah ilmumu telahan iman.
Kepada teman-teman dan rakan taulan yang dikenang...terbangunkah mereka dek keletihan di perantauan. Kepada keluarga yang masih di sana....kekalkan adat turunan budaya kita..bersahurlah seadanya, isi mana yang kurang, lengkapkan mana yang belum cukup dan tambahlah bagi yang perlu dibanyakkan.
Apa dan siapapun kita....janganlah lupa bahawa....KITA HAMBANYA YANG SEDANG BERPUASA...DI BULAN YANG MULIA....
Selamat menyambut bulan ramadan al mubarak ini. tanamkan azam hindarkan kemungkaran dalam hati. moga dipermudahkan oleh Allah dalam segala urusan.
ReplyDeleteSalam cikgu,
ReplyDeleteHari ini kita mula berpuasa. Berpuasa semata-mata kerana keimanan kita kepada Allah.
selamat berpuasa jugak buat cikgu Jay....
ReplyDeleteslmt bpuasa jg ckgu
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat CJ sekeluarga...
ReplyDeleteterima kasih Q,
ReplyDeletesama-samalah meningkatkan ilmu bagi mengatasi kemungkaran hati dalam kalangan manusia hari ini
terima kasih luahfikiran,
ReplyDeleteamalan yang ikhlas dapat meninggikan darjat keimanan seseorang islam di sisi Tuhan. Mudah-mudahan...
terima kasih ybs,
ReplyDeletesalam ukhwah yang berpanjangan untuk rakan sekerjaya sempena ramadhan yang mulia...
terima kasih Azilah,
ReplyDeletesemoga puasa kita kali ini diterima dan diberkati serta bebas dari segala yang tak digemariNYA...
terima kasih arzone,
ReplyDeletesemoga ramadhan ini mencerna keinsafan dan kematangan berganda untuk kita umatNYA...
Salam Cikgu Jay
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan di bulan penuh keberkatan ini diterima & diredhai Allah.