Teringat kemeriahan berbuka puasa di rumah kak long tahun lepas. Tak sangkalah pula...itu detik terakhir bersamanya di bulan puasa. Minggu lepas..aku cuba mengulangi kemeriahan itu di rumah peninggalan kak long....rasa dan suasananya tidak sama. Bagai ada yang hilang...tidak lengkap...
Anak saudaraku sedia menunggu saat buka puasa
Kepada semua adik-beradik, anak-anak saudara, ipar duai dan semua yang berkaitan...jom kita kembalikan suasana itu sama seperti semasa hayat kak long dahulu. Bersama mohon berkat dari Tuhan, bersama makan-makan, sembang-sembang, bersama rancang dan bincang apa sahaja yang berkaitan dengan keluarga, agama dan negara.
Semuani kami buat untukmu kak long....jasa dan budi yang telah dipahatkan untuk kami teruskan...insyaallah.
No comments:
Post a Comment