Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa untuk semua mereka yang beragama Islam. Ingatanku tiba-tiba melayang teringat zaman kecil-kecil dahulu, saat-saat ketika bangun bersahur pada bulan ramadhan. Masa itu suasana berpuasa amatlah meriah dan sentiasa dinanti-nanti. Masih terdengar-dengar ketukan tin, kayu, dan teriakan jiran-jiran mengejutkan jiran-jirannya yang lain supaya bangun bersahur. Bising, tetapi amatlah mulia hasrat dan tujuannya.

Masa tu, hampir semua orang kampung itu bangun bersahur antara  jam 1.00 pagi hingga 3.00 pagi. Bayangkan kena bangun untuk makan pada saat-saat yang paling seronok melayan mimpi. Amat sukar tetapi hampir semua mereka yang berpuasa zaman dahulu tetap bangun bersahur sebab menyedari tentang faedah dan kebaikannya. Berbeza benar situasinya...dengan hari ini....

Menjamah makanan di awal pagi ketika bersahur begini, mengingatkan aku kepada semua mereka yang jauh di mata. Anak-anak yang disayang...terjagakah dikau di saat-saat begini...berselerakah menjamah hidangan...bertambahkah ilmumu telahan iman. 

Kepada teman-teman dan rakan taulan yang dikenang...terbangunkah mereka dek keletihan di perantauan. Kepada keluarga yang masih di sana....kekalkan adat turunan budaya kita..bersahurlah seadanya, isi mana yang kurang, lengkapkan mana yang belum cukup dan tambahlah  bagi yang perlu dibanyakkan.

Apa dan siapapun kita....janganlah lupa bahawa....KITA HAMBANYA  YANG SEDANG BERPUASA...DI BULAN YANG MULIA....

11 comments:

  1. Selamat menyambut bulan ramadan al mubarak ini. tanamkan azam hindarkan kemungkaran dalam hati. moga dipermudahkan oleh Allah dalam segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu,
    Hari ini kita mula berpuasa. Berpuasa semata-mata kerana keimanan kita kepada Allah.

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa jugak buat cikgu Jay....

    ReplyDelete
  4. terima kasih Q,
    sama-samalah meningkatkan ilmu bagi mengatasi kemungkaran hati dalam kalangan manusia hari ini

    ReplyDelete
  5. terima kasih luahfikiran,
    amalan yang ikhlas dapat meninggikan darjat keimanan seseorang islam di sisi Tuhan. Mudah-mudahan...

    ReplyDelete
  6. terima kasih ybs,
    salam ukhwah yang berpanjangan untuk rakan sekerjaya sempena ramadhan yang mulia...

    ReplyDelete
  7. terima kasih Azilah,
    semoga puasa kita kali ini diterima dan diberkati serta bebas dari segala yang tak digemariNYA...

    ReplyDelete
  8. terima kasih arzone,
    semoga ramadhan ini mencerna keinsafan dan kematangan berganda untuk kita umatNYA...

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu Jay
    Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan di bulan penuh keberkatan ini diterima & diredhai Allah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails