Saturday, August 28, 2010

Ziarah Anak Di Pekan

Awal Pagi aku telah siap. Rendang ayam dan daging ku isi ke dalam periuk yang baru ku beli untuk kutinggalkan kepada anakku di Pekan. Katanya..makanan di sana boleh tahan mahal dan tinggi kos hidupnya. Betul tidaknya...akan kurasai sendiri hari ini dan esok. 

Terpanggil dengan keluhannya itu, aku sekeluarga akan memulakan perjalanan pagi ini ke sana. Akan kuziarahi putera keduaku yang semasa kecilnya kupanggil dengan gelaran 'Tengkuk Syazlan'. Itulah rutin kami pabila tiba bulan puasa. Turut beramadhan bersama anak-anak, satu kali dalam bulan puasa di tempat belajar mereka.

Bezanya....perjalanan kali ini....kami ada misi...misi yang bakal merungkai persoalan puteraku dan kawan rakannya yang bergolak dengan kos hidup sebagai pelajar. Pada mereka, kemudahan pemakanan dan sokongan  persekitaran amatlah penting terutama kepada mereka yang berada di tahun akhir pembelajaran.

Ok puteraku tengkuk syazlan...tunggula ma, pa, abang dan adik. Kita jumpa di sana nanti ye...bye

2 comments:

  1. Salam,
    Kita sebagai ibu bapa semestinya memberikan/menyediakan apa sahaja yang terbaik untuk anak2. Kita mengharapkan mereka bukan sahaja selamat di dunia tetapi juga selamat di akhirat. Macam manapun, anak2 yang masih belajar ini perlu dididk/dibimbing supaya mereka boleh berdikari dan bersedia menghadapi segala cabaran. Kita sebagai ibu bapa tak dapat sentiasa bersama mereka

    ReplyDelete
  2. salam luahfikiran,

    benarlah seperti yang dikatakan. Apa-apapun kecelaruan minda dan pemikiran perlu diselarikan dengan persekitaran yang positif. Berdikari siap dengan persediaan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails