Monday, June 14, 2010

Terima Kasih Teman Dan Rakan

Selesai sudah satu episod menjadi lipatan sejarah dalam membantu membangunkan agenda pendidikan negara. Aku tercatit sebagai insan yang turut sama membantu menyenarai institusi ternama dan antara gemilang di dunia. Semua itu bakal menjadi contoh kepada semua institusi baru dan lama di negara kita.

Sesi suaikenal yang tak sampai dua hari telah membuka mata dan mindaku tentang nilai kemanusiaan dan tahap cendiakiawan yang dimiliki oleh insan yang terlibat dalam agenda tersebut. Satu yang mengusik jiwaku iaitu bilamana tepatnya pepatah " rumah siap, pahatpun berbunyi...." dalam masyarakat kita.

Banyak yang bercakap...semuanya tentang kelemahan orang lain...orang ni salah...orang itu salah....diri kita tak pernah tak betul.....yang tak baiktu...semuanya dari orang lain....

Sering kita dengar kata-kata seperti....

Kata si A ...'sekolah tu tak layak dapat penganugerahan sekolah yang cemerlang.....' sebab blaa...blaa...blaaa
Kata si B ...'sekolah tu layak tetapi...pemimpinya...taksesuailah....' diatu....aku tahulah dia macam mana....
Kata si C ...'sehingga kini takde lagi calon yang layak diberi pengiktirafan sekolah yang gemilang kerana....banyak aspek lagi yang mereka perlu patuhi....seperti...a, b, c, d, e dan banyak lagi..."

Itulah desas desus yang sering kita dengar apabila bercakap tentang kecemerlangan pendidikan di negara kita. Lebih ramai yang menghentam daripada yang menggalakkan. Walhal untuk diiktiraf sebagai sebuah institusi yang berjaya...semestinyalah datang dari semua kita semua, sama ada sekolah tu sendiri, ibubapanya, murid, komuniti setempat mahupun sistem pendidikan negara .....

Sebagai insan yang telah mendapat faedah dari sistem pendidikan negara kita....pada aku....kita perlu memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang dahagakan kecemerlangan tanpa mengira rupa kulit, bangsa dan negara. Wujudkan persaingan yang positif...masa yang sama...mereka perlu dibekalkan dengan prasarana yang boleh menyokong ke arah pencapaian tersebut....

Kepada anak bangsaku....

Jom kita rebut peluang yang ada....bersainglah secara sihat....utamakan kecemerlangan diri yang diredhai dan dapat pula membangunkan negara yang kita cintai....

Kepada rakan dan teman guru....

Tanpa mengira sama ada, kita masih berkhidmat atau sudah bersara...jom kita bakar semangat anak-anak di institusi pendidikan kita...agar mereka terpanggil untuk merebut peluang yang ada, yang terbentang di hadapan mata. Kita sedarkan mereka ...semua itu adalah sebagai persediaan membina masa depan negara yang gemilang......

Ingatlah wahai teman....di tangan merekalah masa depan negara akan dicerna sama ada kita akan menjadi bangsa yang berdaulat dan disegani atau sebaliknya....Ingat sebelum kena....jimat sebelum habis...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails