Wednesday, July 7, 2010

Ayam Kak Long Mengeram

Ayam Kak Long Menetas lagi
November hingga Disember 2009..
Kisah Si Kuning ayamnya kak long 
Mula mengeram....13 biji telurnya....
Di Petarang buatan pak long untuk kak Long isteri tersayang... Di tepi koridor ruang rehat... menghadap kebun...
Sayangnya pada ternakan....
Hanya Tuhan yang lebih tahu....
Dekatnya kak Long pada haiwan
Tergambar dari aksi ternakan itu sendiri
Terekod data,  tercatat indah...
Dalam diary-diary hariannya...

Hari berganti minggu....
Minggu pula terus berlalu...
Tidak diendah riuh rendah suara mengganggu..
Tekun dan setia memberi haba amanah..
Si ayam jantan
Si Kuning tekun melaksana tugas untuknya.

Sampai masanya....
Sebiji demi sebiji telur ditetaskan.....
Kuning, merah, putih, hitam tidak ketinggalan......
Direkod satu persatu....
Buku catatan...yang lebih tahu...
Supaya kekal menjadi tatapan tinggalan zaman...
Penuh teliti...
walau badan tidak upaya menahan cabaran.......

Yang warna merah namanya Si Merah....
Yang berbintik hitam putih namanya Si Bintik....
Yang warna kuning namanya di Kuning Emas....
Yang warna putih diberi nama Si Putih Salji....
Yang hitam semua namanya....Si Hitam Manis....

Begitulah kak long......
Tiap ternakannya diberi nama timang-timangan...
Dicatatkan tarikh lahirnya....
Diberikan gelaran sebutannya....
Disebut-sebut....dibelek ditelek...
Dibelai-belai sehingga haiwan itu tahu siapa tuannya....

Semuanya berlaku .....
Pabila anak-anak telah dewasa......
Membujur Lalu....Melintang Patah......
Mengisi masa terluang tak sudah...
Singkat benar sehari rasanya tak betah.....
Kak long yang tabah.....
Tidak sunyi....dari keriuhan desa dan kota...

Yang di kampung berkumpul kerananya......
Yang dari kota, berhimpun mengumpul cerita.....
Bertafakur di rumah kak long semuanya.........
Berkongsi rahsia berkongsi cerita....
Seorang kakak ......
Berjiwa ibu berhati mulia........

Pada ternakan.....
Pada Tanaman....
Jua...insan anugerah TUHAN....

2 comments:

  1. Salam Cikgu Jay
    Menarik sungguh kisah ayam Kak Long itu. Begitulah orang yang kasih & akrab dengan haiwan kesayangannya. Pelbagai perkara dilakukan utk ternakan yg menjadi sebahagian drpd hidupnya. Teringat pula saya kepada arwah Profesor Atan Long - rakan sekerja, bos, profesor psikologi pendidikan, & yg saya ingat sekali, penulis novel SUBUH yg jadi teks STPM saya. Arwah juga amat menyayangi & akrab dengan ternakan ayamnya. Mula-mula saya ternampak arwah memeluk-meluk ayam jago (jantan) peliharaannya, saya macam tidak percaya dia juga seorang profesor ternama.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Temuk atas ulasan yang beerti buat saya. Rupa-rupanya haiwan juga arif tentang kasih dan sayang. Hingga kini ayam-ayam kesayangannya tercari-cari di mana tuannya. Sementara kambingnya si Jabbar...tak ketentuan hinggakan beberapa kali tak sihat badan...demam agaknya...Tambah lagi rimbunan pokok-pokoknya yang diketuai oleh si Kembang Cina. Alahai... kak long...banyak betul memori yang kau tinggalkan pada kami....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails