Thursday, July 8, 2010

Catatan rutin tugasku untukmu

5/7/2010  (ISNIN)
Bincang-bincang menyelaras aktiviti mingguan di antara anak-anak buah dengan rakan sejawat. Agenda utama membangun minda bangsa melalui pendidikan negara. Diangkat menjadi satu. Ditinggalkan rugilah dia. Rugilah negara. Siapa yang kena dialah yang terasa. Empunya cerita tiadalah kisahnya

6/7/2010 (SELASA)
Bertemu ratusan tuan tanah penjaga daerah raja segala sekolah. Berpesan-pesan membekal amanat dari pemerintah kepada pelaksana. Yang tidak tahu bertanya, yang sedar diluruti, yang leka dikejuti, yang tertinggal dibekalkan dengan gurau-gurauan kiasan pemanis kata sambil membangun minda penjawat awam kelas pertama

7/7/2010 (RABU)
Bertamu lagi di tempat ini di segi tiga emas lokasi strategik negara, kawasan padat kesukaan peminat maya siber. Yang dikongsi menyelesai isu segala fakta tertunda dek kelalaian manusia. Berkumpul jentera pembina bangsa dari seluruh pelosok negara dengan satu tekad kekusutan dapat diurai dengan adanya manusia pintar. Semuanya boleh jika ada permuafakatan sesama pembesar 

8/7/2010 (KHAMIS)
Sekolah Berprestasi Tinggi tajuk utama. Dikupas tuntas mencari erti kegemilangan sebenar dalam merangka kehendak negara. Enam bidang dicerna sehingga terungkai. Towering personaliti sandaran utama, pasti menyerlah di arena antarabangsa. Mengutama usaha membina linkages tanpa lupa membina networking sesama kita. Anugerah dijunjung tidak terkira sehingga menjadi penanda aras kepada semua. SBT disasar menjadi hasrat membangun modal insan negara.

9/7/2010 (JUMAAT)
Kernamu ku masih di sini. Menanti termetri kata sepakat cara terbaik merencana sekolah ternama. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Sama diusung, sama di junjung, sama-sama dipahat sehingga berkat. Tiba masanya segala yang ada akan diguna diangkat tinggi melata, dijinjing berderailah ia, dikendong bertaut akhirnya...moga USAHA MENCAPAI CITA....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails