Thursday, July 1, 2010

Manusia Di Pegang Pada Janji

Adat berjanji dipegang pada kata. Kata dikota mengikat dua jiwa.
Majlis pertunangan Hafis telah  2 tahun berlalu. Tiba masa yang dijanji kedua mereka perlu disatukan dalam sebuah ikatan yang dipanggil pernikahan. Hafis anak saudaraku adalah anak ke empat kak long. Majlis akad nikah telah dirancang pada hari Sabtu 3 Julai 2010.

Keluarga besar ini akan berkumpul di rumahku di pinggiran putrajaya sebelum sama-sama bergerak ke Damansara. Dijangkakan 17 kereta akan mengiringinya sebagai tanda sokongan moral kami kepada anak saudara yang ditinggalkan ini.

Sebagai tuan rumah aku sekeluarga tidak sabar menanti kehadiran mereka. Majlis ini kujadikan wadah untuk aku meraikan mereka seadanya....inilah masanya kami dapat berkumpul bersama setelah beberapa bulan tidak bertemu. Kali terakhir aku jumpa semua mereka adalah pada bulan April yang lalu....rindu dan seronok bercampur baur...terharu dan bangga.

Semua persiapan lengkap diatur. Terasa kehilanganmu. Tanpamu kak long tugas ini kami buat bersama-sama dalam kesibukan kerjaya masing-masing. Yang pasti, janji akan kami kota. Harapan dan pesanan kak long yang tak kesampaian akan kami tunaikan. Hafis akan kami nikahkan dengan tunanganya pada tarikh yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails