Thursday, July 15, 2010

Tepat 12.00 Tengah Malam

Pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 2 tiba ke tarikh penghujungnya. Pengetua dan Guru Besar yang terlibat berhempas pulas menyediakan maklumat yang diperlukan. Dikatakan, mana-mana calon yang terpilih akan dinilai oleh Jawatakuasa Penilaian iaitu Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti mulai 19 hingga 30 Julai 2010. 


Antara syarat penting ialah calon SBT mestilah cemerlang dalam semua aspek pendidikan dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan mahupun kemenjadian modal insan (itulah istilah-istilah yang sering dikaitkan dengan NKRA sekarang). Selain itu, dikatakan calon juga hendaklah cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sehingga hari ini telah ada 20 SBT di negara kita. Tahun 2010 bilangan SBT akan bertambah sebanyak 30 menjadikan semua sekali adalah 50 buah. Dijangkakan, pengumuman tentang pemilihan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk SBT KPM pada masa yang akan ditetapkan.

9 comments:

  1. Salam singgah sahabat..
    moga di berkati malam
    jumaat Al-Mubarak..
    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  2. pada waktu tengah malam seperti inilah harga petrol,diesel dan gula naik..

    ReplyDelete
  3. tu lah pasal. menyempurnakan kerja sekolah yang belum selesai...

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.
    Terima kasih kerana follow Kak G ya.
    Semoga kita dpt menjalinkan silaturrahim yg baik b/pun hanya di Maya ... suatu saat & ketika jika diizinkan, boleh bertemu jua.

    ReplyDelete
  5. Salam CJ,
    Apa maksud SBT tu..sama sekolah Bestari or cluster or just anugerah macam sekolah Harapan Negara ke. Apa kelebihan pada sekolah yg diberi title SBT tu.. Saja je nak tau ..pengetahuan semasa..

    ReplyDelete
  6. w'salam ddrfauziah. insyaallah rakan di maya dan di mana saja. tqvm 2 u 2

    ReplyDelete
  7. SBT tu arzone lbh tinggi dari itu. Yg saya tau dulu dipanggil anugerah sekolah cemerlang, kini SBT pula. Calonnya banyak datang dari sekolah2 yang u sebut itulah.kalau terpilih, kata orang joli sakan sekolah...wallahualam

    ReplyDelete
  8. joli sakan? Maksudnye? Sekolah saya dpt 'Sekolah Harapan Negara' kategori luar bandar...rasanya x de apa2 beza dan keistimewaan pun?

    ReplyDelete
  9. sekolah saya pun pernah menang...sama juga keadaannya...tapi mungkin itu dulu... yang ini kalau dapatlah..kerjanya pun berganda2. kalau dpt duit dikata joli sakan...kalau dpt beban kerja di kata apa ye....???

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails