CIKGU JAY.COM
Hatta maka tersebutlah kisah yang empunya cerita...amat terharu dengan sokongan dan kata semangat untuknya meneruskan karya melalui ruangan ini. Tidaklah pula diketahui yang dirinya mampu bertahan menulis cerita-cerita yang membawa kenangan lama mengusik jiwa.
Cuma satu yang tidak terfikir oleh yang empunya cerita, iaitu memaparkan peristiwa-peristiwa sedih yang pernah dilalui dek ketiadaan ibu tercinta...sehinggalah bertali pesanan rakan dan teman tentang keperluan mengukir segala kenangan...
Pengalaman lalu menyentuh hati, dilalui bersama yang empunya cerita dengan adik beradik dilingkarannya yang bermula dengan ketiadaan insan dewasa lantaran abah merantau nun jauh di sana
Tidak kusalahkan ketentuan Tuhan, tidak ku kesal apa yang berlaku. Mungkin hikmah besar menunggu di sebalik segala peristiwa. Nasib kami dijunjung dengan lahirnya kak long
Bersama kak long kami harungi segala rintangan dan umpat keji masyarakat kampung tentang kebebasan yang diberinya kepada adik-adik dalam meneruskan persekolahan ke peringkat lebih tinggi.
Rupanya Allah itu maha agung....penderitaan yang dirasai dahulu perlahan-lahan menjadi rahmat yang tidak terhingga. Nah hari ini balasan Tuhan tidak terperi sehingga bahagia seluruh nya. Peninggalan kak Long menjadi pemangkin supaya keluarga ini semakin akrab merungkai segala. Bak kata pepatah:
- Bulat air kerana pembentung...
- Bulat manusia kerna muafakat...
- Hati nyamuk sama dicincang....
- Hati gajah sama dilapah....
No comments:
Post a Comment