Friday, July 9, 2010

Sireh Pulang Ke Gagang

Hari ulangtahun perkahwinanku jatuh pada 25 Disember setiap tahun. Mulai tahun 2003 setiap tahun diraikan bersama dengan keluarga di kampung. Turut meraikan hari tersebut adalah kak long dan paklong kerna pada tarikh itulah mereka dinikahkan (orang dulu ada nikah gantung).

Kenangan mengusik jiwa majlis sireh pulang ke gagang kali terakhir bersama kak long diraikan di persekitaran pantai rumahku di kampung. Oleh kerana kawasan belakang rumah telah dibina dengan sebuah rumah singgahan jiran maka aku terpaksa mengubah lokasi perkumpulan di sebuah kawasan chalet keluarga yang berhampiran dengan rumah abah di jajaran pantai selat melaka.

Di pantai inilah dahulunya aku memancing ikan, di sinilah dulu aku mengenal pukat dan siput. Di sepanjang pantai inilah tempat aku mencari kepah dan remis.


Tarikh majlis dirancang setahun sebelum tiba masanya. Sudah tentulah penasihatnya kak long dan bang haron manakala setiausahanya adalah aku sendiri. Jom kita fokuskan penelitian pada rakaman kenangan gambar dan peristiwa majlis sireh pulang ke gagang keluarga ini pada 26, 27, 28 Disember 2008 bersama kak long.....(majlis tahun 2009 ditangguhkan sebab kak long dah mula demam yang berulang-ulang).

Rakaman detik dan peristiwa semasa majlis 
SIREH PULANG KE GAGANG....
Futsal pantai acara wajib tiap tahun
sebelum terjun mandi laut
mencarik remis dalam pasir
Bermesra dengan pasir laut
Mak uda dan anak-anak
Apa yang dipandang Lan dan Wan 
Acik sibuk dengan hidangannya
Bersama kak long menjamu selera
Pak Itam dengan cucu saudara raihan
Azam sibuk melayan anak saudara
Mak ngah ceria bersama-sama
Kak Long termenung memerhati suasana
Azam dan zizah bercanda di pantai
Apakah gerangan puteriku dihukumi
Sekujur tubuh ditimbus tanah
Ramainya pemerhati...Tolonlaaa...tolonlaaaa
Mandi manda di selat melaka
Dalam lautpun ada acara...
pak itam bersama anaknya zahiiiid
Sukan pantai amat menyeronokan
Solat berjemaah tidak ditinggalkan
Ikan dll dibakar menambah meriah
Mak Lang santai merah bajunya
menanti acara yang telah dirancang
kek dipotong menambah ceria
cabutan bertuah menjadi hadiah

cabutan bertuah menjadi sandaran (seme orang dapat)
juga cenderahati keluarga
hadiah berupa gambar lama kenangan
majlis berakhir dengan bergambar ramai
Inilah 9 bersaudara yang kini 8 saja tinggalnya
Kak Long (tudung kuning) bersama keluarga  
kenangan bersamamu kak long 
 tak mungkin kami 
lupakan


...amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails