'mula-mula diaorang tak ada apa-apapun di sini. Hanya pedagang, sehinggalah bila orang kita dah termakan budi barulah timbul soal tanah dan maruah. Dikatakan asalnya saiz tanah yang diberi hanyalah sebesar seekor lembu....Alahai....besar mana sangatlah seekor lembu. Beri saje lah dia...lagipun tanah kita kan banyak lagi' antara kata-kata yang empunya cerita.
Sebagai tanda terima kasih maka diaorangpun menumbangkan lah seekor lembu yang besar saiznya. Katanya sebagai ucapan terima kasih kerana memberi diaorang tempat untuk menumpang. Disebutkan cerita berbondon-bondonlah orang-orang kita menjamu selera. Sedang leka makan-makan...bertanyalah si kawan kitani pada diaorang tentang luas tanah yang diberi itu.
Ehh....besarlah juga kata diaorang sebab yang diaorang maksudkan dengan lembu itu adalah sebesar kulitnya. Kulit lembu itu pula dipotong halus dijadikan tali yang panjang-memanjang, sambung-menyambung. Bayangkanlah dari hanya seekor lembu menjadi kepada tali kulit lembu. Bila dihitung-hitung dalam ingatan wah...besar juga tanah yang 'diaorang' dapat. Bangga benar diaorang dengan kecerdikan yang diaorang ada.
Dipendekkan cerita maka berputih matalah orang-orang kita akibat kecuaiannya sendiri. Tanah milik anak bangsa terserah percuma kepada dia, orang asing. Berpunca dari sikap sambil lewa, mabuk dek puji dan mudah mengalah itulah, maka diaorang kekal mendapat tempatnya di rantau ini...benar...tidaknya wallahuallam.

No comments:
Post a Comment