Hantaran siap digubah. Tunggu masa untuk dibawa mengiringi pernikahan Hafis dengan Ila. Doa Selamat telah dibaca sebagai memohon restu Ilahi. Hanya padaNYA tempat mengadu dan meminta apa saja yang kita damba. Budaya kita menyemarak ceria seisi keluarga. Seisi keluarga sama-sama menunjukkan bakat dalam mewarnai barang hantaran yang mahu di bawa. Jangkanya rombongan pengantin lelaki akan bergerak jam 5.30 petang ke rumah pengantin perempuan. Solat Maghrib di surau berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. Perjalanan hambanya dalam mencari redha hidup bekeluarga. Mudah-mudahan Allah merestui usaha dan niat murni hambanya. Amin...
No comments:
Post a Comment