Tuesday, June 1, 2010

Malang Si Anak Yatim


Cuti sekolah adalah musim orang melangsungkan perkahwinan... Masih ku ingat ketika aku masih kecil , di kampungku, aku adalah insan yang paling suka bila tiba musim cuti sekolah... Bukan kerana aku tak perlu membaca buku...bukan juga kerana aku tak perlu pergi ke sekolah tetapi hanyalah semata-mata bila cuti sekolah banyak sangat peluang dapat makan percuma. Masa itu kebanyakan majlis-majlis kahwin di kampungku akan menumbangkan seekor kerbau yang gemok-gemok belaka...Kesukaanku daging kerbau dimasak kari cara orang melaka...

Wow sedapnya sampai teringat-ingat hingga kini.... kata orang kalau mak enon yang masak...sedap karitu...kata orang kalau mak laya yang masak enak kari tu......dan kata orang juga, kalau ....mak ijot yang masak...lazat karitu...sambil menjilat jari...Maka berbondong-bondonglah si anak yatim ke majlis sambutan pengantin........

Anak yatim yang kehilangan ibu itu siap berpakaian catik peninggalan ibunya...baju kurung warna kuning bercorak putih... dibawanyalah semua adik-beradiknya yang tak faham apa tentang adat protokol majlis perkahwinan. Sedang enak menjamah hidangan yang diberi khas kepada kanak-kanak...tiba-tiba terdengar suara berbisik di sudut sana....eeh...eeh...eeh anak sipolan bin sipolan tu...datang makan saje...datang menolongnya tidak...

Terdetik disudut hati apalah yang mampu ditolong oleh seorang anak kecil dalam majlis perkahwinan seperti itu...silap-silap rosak majlis dibuatnya.....Tambahan pula dia datang membawa adik-adiknya yang masih kecil. Datang mereka sekadar meramaikan majlis....sekadar menjengok muka lantaran tiada wakil dari ibu dan bapa sebab kedua-duanya telah tiada pergi menyahut seruan Ilahi yang Esa.

Itulah sikap orang-orang kita....lagi susah seseorang itu maka lagilah menjadi bahan cacian dan umpat keji mereka. Anak yatim yang tidak beribu dihina nesta hingga meninggalkan luka yang mendalam.... Kenangan itu dibawa hingga dewasa. Benarlah kata orang....zaman dulu-dulu...kalau anak yatim dan keluarga yang susahtu..bukan nak ditolong...dihina lagi adalah... amat berbeza dengan tanggapan orang-orang masa ini kalau...jumpa dengan anak yatim merka sangat membantu dan akan menolong apa yang mampu..... Itulah hukum alam....lain ulu lain parang....lain padang lain belalangnya.

Sekadar pesanan orang lama kepada semua ibu dan bapa..bantulah mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi si anak yatim yang tidak punyai apa-apa, yang kehilangan ibu dan bapa. Ingatlah jika kita menggembirakan orang lain, sebenarnya kegembiraan itu akan singgah terlebih dahulu kepada kita.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails