Saturday, June 19, 2010

Santai Sabtu

Semuanya ada di sini....


Buah hati pengarang jantung....wan, lan, amal dan syadid....semuanya ada di depan mata...cuti-cuti mereka adalah cuti yang berharga sebab masing-masing membawa cerita yang berbeza. Analoginya sama, tiap mereka punyai minat sendiri yang sedari kecil dapat kukesan....... wan dengan kereta minatnya...lan dengan bola-bolanya...amal dengan muzik dan rakan FB nya manakala syadid dengan pc dan game yang setia menanti.

Sesekali....pernah aku bertanya.....berwarnakah hidup putera puteriku di zaman ini. Berbeza benar dengan zaman semasa aku kecil dahulu. Hidup di kampung dengan hidup di bandar..memang tak sama. Lahir, membesar, bermain dan sebati di sana....jiwa mereka adalah jiwa kota.....

Aku sedar semua itu....

Masa berlalu, keperluan dan kehendak berubah...kenyataan harus diterima....mereka lahir di zaman moden yang ada semua yang dicita di samping ibu bapa yang sedia apa saja. Manakan sama dengan zaman dahulu...Aku bersetuju dengan pandangan mereka.....sesekali pernah mereka berkata....zaman dah berubah...dulu lain sekarang ni lain....macam dalam iklan di TV tu...

Supaya mereka tidak lupa.....asal usul ke dua ibu bapa, maka setiap bulan kami akan bersama-sama menjengok kampung halaman. Di sana mereka turut menjiwai perasaan dan pemikiran saudara mara yang tinggal di kampung...... awal-awal dulu sukar juga nak jadikan kebiasaan tetapi lama kelamaan....aktiviti balik kampung menjadi satu ketetapan dalam agenda bulanan keluarga ini....mereka dah terbiasa dengan amalan ini....

Untuk mu putera..puteriku....

Sekalong budi, seuntai rasa untuk wan, lan, amal dan syadid....sebab memahami dan menuruti aturan dek ketetapan ibu bapamu. percayalah....ada hikmah dan laba yang menunggu pada anak-anak seperti ini.....ingatlah...ibu bapa adalah nombor satu pada kita.

Hakikatnya.....minat balik ke kampung perlu dilatih sejak zaman anak-anak lagi. Tetapkan keperluan dan tanggungjawab mereka kepada saudara-mara di kampung. Lama-kelamaan minat dan prihatin dengan kehidupan di kampung akan bercambah di jiwa anak-anak sehinggalah mereka dewasa. Tanamkan pada jiwa mereka, berbanggalah dengan kehidupan kampung ibu bapa mereka....kerana dari situlah segalanya bermula...
























No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails