Monday, June 7, 2010

Ku Datang Lagi Padamu

Seri Pasifik....ku datang lagi padamu. Genap setahun...aku kembali lagi ke sini...Masih segar dalam ingatanku...longgokan kotak bertimbun memenuhi ruang kamar yang sempit ini...Kotak berisi profil sekolah itu disusun rapi oleh azri, airul, ayyum, zue dan iqin selaku urusetia mesyuarat tersebut. Keesokan harinya satu demi satu bahan bukti itu dikeluarkan, disusun atur mengikut kategorinya...

'Fuhh! remeh betul kerja ni...'.dengus si maz kawan sekerjaku yang kebetulan ada di situ...Tak tahu aku masa mana dia lalu dan membelek-belek dokumen itu satu persatu....Aku pasti jauh di sudut hatinya terukir satu kekaguman tentang persediaan yang dibuat oleh sekolah yang mengambil bahagian dalam pencalonan sekolah cemerlang.....

Hari ini Anugerah Sekolah Cemerlang tiada lagi...namamu berkubur bersama kematangan masa dan usia insan pembina peristiwa. Itulah rutin dalam hidup. Silih berganti ....yang maju ke depan yang tercicir terbelakanglah tinggalnya.... Selamat tinggal Anugerah Sekolah Cemerlang...satu nama gah yang dijunjung oleh mereka dalam lingkarannya....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails