Wednesday, June 16, 2010

Cikgujey Semasa Kecil


Nama ku diambil ketika atuk saudaraku balik dari menunaikan sembahyang jumaat....Sebaik selesai menunaikan solat Jumaat, beliau singgah ke rumahku ketika itu ibu baru 2 hari melahirkan aku.....mulai hari itu...aku dipanggil dengan nama itulah..... Akhirnya, hari ini aku dikenali sebagai cikgujey.com

Aku teringat zaman dulu macam-macam cara bayi dinamakan....antaranya macam cara aku dinamakan tadilah....mengambil berkat amalan orang-orang baik masa itu. Kebetulan atuk saudara ku itu adalah seorang Mufti ketika itu. Baik ke aku ni....entahlah...rasanya baik kot....

Masa berlalu, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Akhirnya ibu yang kusayang pergi meninggalkan aku pada ketika umurnya 36 tahun....masih muda kan...muda trang tang tang orang kata. Apa tidaknya..masa itu ayahku baru berumur 40 tahun....

Orang kata, bagi lelaki, umur 40 tahun baru nak memulakan hidup.....apakan daya....baru nak mula hidup ....ayahku telah keseorangan ditinggalkan dengan sembilan orang anak yang masih kecil yang perlukan kasih sayang ibu dan bapa....Yang tua berumur 15 tahun dan yang paling kecil berumur 1 tahun..... kasihannya...beza umur saja telah menunjukkan betapa berlikunya hidup yang bakal dilalui oleh keluarga ini....

Mak Long Marizah anak yang pertama membawa gelaran 'Iron Ijot'

Mak Ngah Zaharah anak yang kedua yang membawa gelaran 'Anak Alam'

Mak Lang Besah anak yang ketiga membawa gelaran 'Angsa Panjang'

Mak Andak anak yang keempat membawa gelaran Mak Wan sebab tak suka dipanggil mak andak kerana katanya macam 'landak'....dari kecil lagi minta ditukar panggilan kepada makwan.....(dia tak tau rupanya makwan tu nama yang membawa maksud orang tua atau nenek). Tak kiralah yang penting dia bahagia

Tuan Dollah anak kelima yang membawa gelaran 'Pak Teh'

Tuan Talib anak keenam yang membawa gelaran 'Pak Itam'

Mak Encek Noorazizah anak ke tujuh yang membawa gelaran 'Mak Uda'

Cikgu Norhayati anak ke lapan yang membawa gelaran 'Mak Cik' dan

Cikgu Rahman anak ke sembilan yang membawa gelaran 'Busu'


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails