Saturday, June 19, 2010

Pelawatku Guru

Santainya sabtu ini...

Rumahku dilawati oleh keluarga cikgu yati dan cikgu jefri. Hajat utama adalah untuk turut sama membantu persediaan majlis pernikahan anak kak long ijot iaitu Afis. Di satu sudut rumah ini, tersedia bingkisan-bingkisan untuk hantaran perkahwinan yang sudah mula dikumpulkan untuk gubahan sendiri. Sengaja dikumpulkan di sini kerana rumahku akan menjadi tempat persinggahan rombongan pengantin sebelum mereka dinikahkan di Bandar Damansara.

Hampir sebulan tak jumpa...bimbang berubah rasa dan berubah cerita. Untuk mereka, selamat datang ke teratak keluarga buat adik ku cikgu yati, iparku cikgu jefri dan anak-anak saudaraku una, anis, aziq, azim dan maalip. Percutian sudah berakhir. Esok lusa sekolah sudah bermula......Selamat datang ke rumah ini....jangan serik lain kali datanglah lagi ke sini...



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails