Wednesday, June 16, 2010

Sejarah Cikgujey

Hari ini kumulai dengan merekodkan segala kenangan zaman silam yang amat bewarna dan perlu dikongsi oleh salasilah warisan ku hari muka. Tak tahu hidup ini apa sudahnya.... Ada baiknya jika kulakarkan segala pengalaman, pahit manis kehidupan semasa di alam anak-anak, remaja dan dewasa. Semoga semua itu dapat dijadikan kenangan dan panduan kepada mereka dalam menjalani hidup yang penuh fana ini.....

Penceritaan adalah berasaskan ingatan yang masih segar diselang-seli dengan perbincangan semasa di antara semua pihak yang terlibat. Semoga segala yang dicatatkan menjadi rekod berguna dan dapat diambil sebagai ingatan bersama wahai anak-anak, adik-adik, saudara-mara yang mengenaliku....

Segala pengkisahan hanyalah untuk kenangan sendiri tanpa niat mengaibkan sesiapa malah tidak sekali untuk memporakperandakan sesiapa yang terlibat. Yang baik ambilah sebagai hikmah....yang tidak baik...elok dijauhkan untuk diingati....

Kubahagikan lontaran cerita dan pengkisahan ini kepada beberapa bahagian atau siri bagi memudahkan penelitian dan kefahaman bersama. Bahagian-bahagian tersebut tidaklah dapat aku melupakannya....

1. Cikgujey semasa kecil
2. Cikgujey semasa remaja
3. Cikgujey di sekolah rendah
4. Cikgujey di sekolah menengah
5. Cinta Cikgujey di Menara Gading
6. Cerita Cikgujey Naik Pelamin
7. Ceria Cikgujey sebagai suri dan ibu muda
8. Cetusan deria Cikgujey sebagai Pendidik
9. Culasnya bangsa Cikgujey
10. Cikgu jey Berkerjaya
11. Cikgujey Pencetus Idea
12. Cikgujey Pencetus rasa
13. Cikgujey berkorban apa saja
14. Cikgujey Bangga Bergelar Guru
15. Cikgujey Hari ini
16. Cikgujey Hari Esok
17. Cikgujey Akan Datang.....

3 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu jay...
    saya suka membaca coretan kehidupan cikgu jay...
    semoga teroskan menulis dan berkongsi pengalaman bersama...:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih hajar...
    sekadar mengukir ingatan supaya kenangan tidak hilang ditelan zaman.

    ReplyDelete
  3. hehehe..betol2...
    sokong apa yang mkck ckp tuh..hehe..
    citer2 yang boleh memberi kesedaran pada remaja sekarang yang tak pernah kenal erti susah....
    harap mkck sihat disamping keluarga tersayang...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails