Thursday, June 17, 2010

Erti Guru Cemerlang Padaku

Guru Cemerlang padaku, harus menguasai semua aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran kepakarannya. Itu jugalah sebabnya jawatan itu diwujudkan. Mesti cemerlang dibilik darjah. Cemerlang dalam menggerakkan minat dan pencapaian pelajar.

Pendek kata pada diri seorang guru cemerlang haruslah ada ciri-ciri guru yang berkesan, melaksanakan P&P dengan penuh penghayatan. Seseorang guru cemerlang perlu menguasai perkara-perkara berikut dalam amalan sehariannya.

  • sentiasa bersedia dengan rancangan pelajaran tahun semasa;
  • mengemaskinikan rancangan pelajaran harian mengikut jadual yang ditetapkan;
  • memulakan P&P dengan penceritaan awal @ induksi set;
  • menyampaikan P&P mengikut perkembangan mata pelajaran;
  • mengaplikasi teknik penyoalan yang tepat, adil serta disebarkan kepada semua murid;
  • mengutamakan penglibatan murid tanpa mengira tahap kecerdasan;
  • mempunyai langkah-langkah peneguhan dan galakan yang berterusan;
  • memastikan murid diberi latihan berkaitan tajuk P&P sehabis selesai P&P;
  • melaksanakan usaha meneliti dan memerhati kerja bertulis murid;
  • mengkhiri P&P dengan kenyataan-kenyataan yang boleh mententeramkan emosi murid;

Sebagai seorang ibu yang punyai anak-anak yang masih belajar di sekolah, pada mereka, seorang guru cemerlang biasanya akan memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan bagi menghasilkan P&P yang mempunyai impak yang berpanjangan. Aspek-aspek seperti pengurusan kelas yang sempurna, kepekaan guru tentang kehadiran murid di dalam kelasnya serta keperluan untuk menyediakan suasana P&P yang kondusif perlulah diberi keutamaan setiap kali sebelum memulakan P&P.


Selain itu, personaliti guru yang cemerlang mestilah dapat menarik minat murid dan secara tidak langsung dapat menggalakkan pembelajaran yang berkesan. Personaliti guru merangkumi perwatakan yang melibatkan perkara-perkara di bawah:

  • cara berpakaian kemas dan bersih serta mematuhi pekeliling semasa;
  • bersifat mesra;
  • mudah didekati oleh murid;
  • sedia dan sanggup membantu;
  • mengenali muridnya secara lebih dekat;
  • berinteraksi secara sopan;
  • menggunakan nada suara yang sesuai;
  • mewujudkan suasana riang yang dapat merangsang pembelajaran; serta
  • menepati masa, kota apa yang dikata.

Untuk kita kaum guru, sanggupkah dan mampukah kita berkorban apa sahaja untuk anak bangsa. Sanggupkah kita Ikhtiarkan apa saja supaya semua kita diiktiraf sebagai guru cemerlang kerana....kecemerlangan seseorang guru diukur dalam pelbagai bentuk. Ukuran mungkin dalam bentuk berikut:

  • lantikan ke jawatan guru cemerlang (ramai yang ada peluang terutama guru-guru muda kita....);
  • diberi anugerah perkhidmatan cemerlang (bergantung kepada kouta tahun semasa....);
  • diiktiraf oleh murid sebagai guru yang cemerlang (pengiktirafan yang tiada batasan masanya....)

Pilihlah....kita hendak yang mana......pilihlah....ikut citarasa diri sendiri. pilihlah.......yang mana kita suka.....Tiba-tiba aku teringat alunan lagu indah merdu dendangan biduwanita Saloma satu ketika dulu...' Yang Mana Satu...Idaman Kalbu......'.


Wahai rakan guru...Tepuklah dada...Bukalah minda....dan Tanyalah Diri Kita...Kita nak jadi guru cemerlang yang kategori mana ?????.



3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu Jay
    Mohon izin singgah & terima kasih menjadi pengikut blog saya. Semoga akan ada komunikasi yg bermanfaat. Paparan cikgu itu merupakan satu panduan yg sangat berguna utk para guru. Semoga ramai yg bakal mendapat faedah darinya. Selamat meneruskan khidmat bakti demi generasi kita yg akan datang.

    ReplyDelete
  2. w'sallam ckgu temuk:

    terima kasih kembali. sama-sama kita padu tenaga membangun agenda pendidikan negara. cikgu berjaya...ibu bapa bahagia.....anak murid kan dapat untungnya..

    ReplyDelete
  3. Salam CJ,

    Jadi guru biar dihormati dan disenangi...baru sentiasa diingati...

    Jangan jadi guru yang ditakuti... nak berselisih pun murid cabut lari...

    Pilihan di tangan anda...he he.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails