Saturday, June 12, 2010

'Cancer Merampas Segalanya

Kerana kak ijot.....aku di sini .......

Tanggal 1 Januari 2009 disahkan kakak sulungku menderita kanser payudara fasa 2. Masih ku ingat bagaimana terkejutnya dia pabila menerima berita dari doktor. Seperti biasa...kak ijot yang tabah ini melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri....ibu kepada 5 orang anak dan dan tempat bergantung kepada 9 keluarga yang lain.

Berita sedih itu dikongsi dengan semua insan yang ada di lingkarannya. Berkumpul semua mereka merencanakan apa yang patut dibuat dengan keadaan yang tidak menyenangkan itu...Tiba masanya kak ijot dirujuk di hospital dan selesai menjalani pembedahan membuang sebahagian dari payudaranya.

Apa lagi yang ada dalam kehidupan seorang wanita.....aku sedar dalam keadaan ini satu-satunya yang amat penting dilakukan adalah sokongan orang-orang terdekat. Tanpa membuang masa aku mencari bahan bacaan yang boleh dibaca oleh semua mereka yang terdekat dengan kak ijot, akhirnya aku membeli 2 buah buku yang bahan perbincangan di dalamnya tepat mengenai penyakit cancer yang dideritai. Ku kongsilah bahan itu dengan semua mereka yang berkaitan....Harapannya cuma satu supaya tiap orang di antara kami sedar tanggungjawab dan dapat pula mempraktikkanya apabila berhadapan dengan kak ijot.

Terfikir aku untuk memberi kak ijot bahan itu untuk dibaca...tetapi naluri manusia...aku menafikannya kerana bimbang dia hilang semangat untuk hidup melalui gambar-gambar dan bahan-bahan yang ditulis di dalamnya.

Hari berlalu tanpa disedari. Tanggungjawab 5 anaknya dan 9 adik-beradiknya dilaksanakan semampunya....berulang-alik ke hospital. Benarlah kata orang 'penyakit cancer ni penyakit keluarga..ertinya, kalau dah terkena...seluruh keluarga pasti terlibat sama ada secara langsung atau tidak....katanya seluruh keluarga diminta memberi sokongan moral dan kewangan'.

Kimoterafi, radiotrafi, ubatan moden, ubatan traditional, kaunseling dan nasihat semuanya dilalui dan dihadapi....sakitnya tidak tertanggung........Makanan dikawal, dijaga supaya tidak menambahburukan keadaan lebih-lebih lagi...kak ijot ada juga mengidap penyakit diabetis dan darah tinggi...Itulah sakit orang kita.....mungkin agaknya pemakanan kita yang punya angkara.....

Breast Cancer yang ada pada kak ijot ni tidak langsung menunjukkan tanda-tanda awal. Tidak pernah dia menyangka yang beliau menghidap penyakit itu. Di luarnya cantik tidak bersentuh...rupa-rupanya 'di dalam...bersarang...bagai....sayur petola yang kering'....itu kata doktor. Yang pasti....kak ijot dalam setahun dua ini selalu kurang sihat. Badan dirasa panas, tidak selesa dan demam.

Kepada semua anak-anak dan mereka yang berkaitan dengan kak ijot silalah ikuti catatan-catatan kenangan kehidupan kita bersamanya yang menjadi warisan sepanjang zaman keluarga ini. Jadikan panduan dan teladan dalam kehidupan, seorang gadis desa yang menamatkan zaman persekolahannya di usia muda, berkorban menjaga 9 adik-adik yang ditinggalkan sebagai anak yatim....

Keranamu kak ijot...kucatatkan kenangan, pengorbanan demi pengorbanan dan kehidupanmu seawal usia setahun jagung sehingalah berjaya meninggalkan satu lagenda warisan dalam keluarga Haji Md Yusof Latif.

Ikuti catatan kenangan itu mulai di sini........

  • Kak Ijot Dalam Kenangan - Siri 1
  • Kak Ijot Dalam Kenangan - Siri 2
  • Kak Ijot Dalam Kenangan - Siri 3



2 comments:

  1. Terima Kasih Cikgu Jay..... sekurangnya..... ada bingkisan yang tak akan di lupakan.....

    Mak Long dalam kenangan.......
    Miss U so Much

    ReplyDelete
  2. terima kasih fatimah. kefahaman amat bererti...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails